Thursday, 28 September 2017

Tunas Kadet Remaja Sekolah

SEJARAH TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH:

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati,Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah sepertimana Kadet Remaja sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja IslamSekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah

LAGU TKRS/ KRS

Kadet Remaja Sekolah

Menuju satu ikatan bersaudara

Bersatu menjulang keamanan negara

Menjayakan ilmu, iman dan amal


Marilah kita membina peribadi

Membentuk insan yang kreatif

Ke arah kecemerlangan diri

Sepanjang masa yang berterusan

 chorus:

Remaja, sahutlah cabara
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta


remaja hayati budaya
Ilmu,Iman dan Aman
kekalkan di hati,dan jiwamu
wawasan kadet remaja sekolah💚💚💚

BIDANG TKRS:
2. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU KRS DAN TKRS6.
1 Disiplin dan Kerohanian
2 Ketahanan diri dan Kebudayaan
3 Alam Sekitar
4 Keusahawanan
5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas )


4. OBJEKTIF
4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 
4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. 
4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.
4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus data.

pakaian tkrs:

pakaian perempuan:




pakaian lelaki:





ikrar tkrs:


BAHAWASANYA KAMI
KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA
BERJANJI DAN BERSETIA
AKAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK
TETAP BERDISIPLIN, BERAKHLAK MULIA
BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL
KAMI JUGA AKAN MEMUPUK SEMANGAT
KEUSAHAWANAN, MENCINTAI ALAM SEKITAR
MEMPUNYAI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL
BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
SERTA MENDUKUNG
RUKUN AGAMA DAN RUKUN NEGARA
SEPANJANG MASA KAMI MENJADI AHLI KADET



Monday, 18 September 2017